cara qadha' solat yang tertinggal lama📅

https://youtu.be/AnNQjNXXWvw

Rumusan video;
pada tahun 2004,ada kajian mengatakan ada 80% umat islam di malaysia yang tak solat.

Solat ni amat penting.perkara yang amat berat.sehinggakan di akhirat,solat adalah perkara pertama yang ditanya.orang yang tinggalkan solat kerana mengingkari wajibnya dan mempersendakannya akan dianggap sebagai kafir dan terkeluar dari islam .maksudnya,kalau kita tak percaya solat tu wajib,ia dikira kita murtad dari islam.

Tetapi kalau kita Tinggal sebab malas,lalai,kita wajib untuk bertaubat.

Cara nak bertaubat,
1.istighfar banyak kali.


2.lepas istighfar sungguh2,Kita berazam untuk qadha' dan ganti solat.kita wajib qadha' solat.sebab ini hutang kita dgn ALLAH. Jadi wajib gantiii.

Contohnya,Kalau kita tertinggal 6 kali solat subuh 4 kali asar,kita wajib qadha' solat subuh 6 kali dan 4 kali asar.

Tapi,kalau terlupa?
Kita perlu buat anggaran dan lebihkan sedikit.
katakanlah kita tinggal solat dah 3 tahun.

Secara umum,Satu hari ada 5 waktu solat.
subuh(2rakaat),zohor(4rakaat),asar(4rakaat),maghrib(3rakaat) dan isya'(4rakaat)

Satu tahun ada 365hari.

Jadi,kita kira
3 tahun tinggal solat.
1- 365hari(dalam 1 tahun) darab dengan 3 (3 tahun yg kita tinggal solat)

365x3 = 1950 hari
3 tahun = 1950hari

1 hari ada 5 waktu solat,
1950 hari x 5 waktu solat
=5475

5475 + kita lebihkan sedikit anggaran.

Anggarannya,5500 kali solat.
Kata para ulama' yang lebih itu,dikira sedekah.

Macam mana nak tahu kalau dah lebih?
Kata ustaz azhar idrus,kalau kita dah qadha' solat melebihi solat fardhu yang kita lakukan,in shaa ALLAH,
ALLAH akan hadirkan satu perasaan di dalam hati kita ,yang meyakinan bahawa solat qadha' kita dah cukup.

Cara istiqamah nak qadha' solat.

-Buat jadual.

Kita bina jadual,
Kita letak tarikh dan waktu solat;
Subuh,zohor,asar,maghrib dan isya'

Contohnya,
15.4.20- subuh-zohor-asar-maghrib-isya'
                  /            o      /            /          /
16.4.20- subuh-zohor-asar-maghrib-isya'
                  /           /        /            /          /
17.4.20- subuh-zohor-asar-maghrib-isya'
                 /           /          /            o         /
18.4.20- subuh-zohor-asar-maghrib-isya'
                   /           /        /            /          /
19.4.20- subuh-zohor-asar-maghrib-isya'
                  /           /        /            /          /

Lepas dah kita dah qadha',kita tick.
Kalau kita tertinggal atau tak sempat kita bulatkan.

Kita buat jadual mengikut bilangan anggaran solat yang perlu kita qadha' dan dalam tempoh yang kita target untuk selesaikan.

Contohnya,kita dah qadha' solat zohor.jadi kita tick.kita tandakan pada jadual yang kita dah buat. Kalau kita tak qadha' kita boleh bulatkan.
Jadi,kita boleh check untuk tengok perjalanan qadha' solat kita.
Kita dah sampai mana.dah lebih ke,dah sudah ke.ada tertinggal ke.

-Rajinkan solat di masjid dan solat awal waktu.

Lepas kita dah selesai solat fardhu,kita qadha' solat pulak.



"Apabila kita mula rasa serba salah dengan dosa,itu tandanya ALLAH dekat dengan kita"

Jangan kita putus asa untuk qadha' solat.
Walaupun kita mati sebelum selesai qadha' solat,tapi sekurang-kurangnya kita mati dalam keadaan berusaha untuk selesaikan qadha' solat (hutang) kita dengan ALLAH.
Bukan mati dalam keadaan kita berhutang dengan ALLAH.


Comments

Popular Posts